Isnin, 21 Mac 2011
Cuti Sekolah Saya Semasa Seminggu
Saya tidak ke mana-mana untuk cuti sekolah saya. Saya hanya pergi ke sekolah untuk kelas tambahan dan ke madrasah pada hari Ahad. Saya hanya di rumah sahaja. Saudara saya datang ke rumah saya untuk bermain PS3 dengan saya. Ia menyeronokkan kerana saudara saya itu tidak selalu datang ke rumah saya. Sebenarnya saya hendak bermain bola keranjang dengan Adil dan Iqmal kerana saya bosan di rumah. Saya rasa cuti sekolah ini rasanya terlalu singkat. Saya rasa cuti di Singapura tidak mencukupi kerana ada banyak kelas tambahan pada cuti sekolah ini. Sekiranya saya Menteri Pendidikan di Singapura , saya akan memanjangkan lagi masa cuti sekolah kerana saya rasa murid-murid di Singapura perlukan lebih banyak masa untuk relaks.
Langgan:
Catatan (Atom)