Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di sekolah ini. Saya harap Cikgu Tuty dan guru-guru saya yang lain tidak akan memberi kerja rumah yang lebih. Maafkan saya kerana saya tidak membeli hadiah-hadiah untuk guru-guru semua kerana saya terlupa. Terima kasih kerana telah mengajar saya dengan baik...
Rabu, 31 Ogos 2011
Ucapan Selamat Hari Raya
Selamat hari raya kepada semua rakan-rakan saya. Saya mahu meminta maaf kepada semua atas kesalahan-kesalahan saya, terutama sekali kawan baik saya Iqmal kerana saya telah banyak mengganggunya. Saya juga telah banyak kali memberinya maklumat yang tidak tepat sehingga dia dimarah oleh guru. Saya kagum kerana dia sentiasa sabar dengan perbuatan saya. Oleh itu, dialah kawan baik saya di sekolah ini.
Isnin, 1 Ogos 2011
Persiapan saya untuk peperiksaan lisan PSLE
Saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat markah yang tinggi untuk peperikassan lisan prelims dan PSLE. Saya akan cuba mendengar dengan teliti. Saya hendak mendapat markah seperti 20,19 atau 18.
Saya mahu pergi ke sekolah pilihan saya seperti Sekolah Menengah Riverside dan lain-lain. Nama saya Haidi. Saya budak yang suka membuat lawak. Sebenarnya, saya suka bermain. Saya datang sekolah untuk menolong kawan-kawan saya. Saya mahu semua orang lulus macam saya. Kalau boleh saya hendak menjadi seorang pemain bola sepak. Itulah impian saya selama ini. Saya akan bayangkan diri saya merembat sebiji bola sepak setiap hari. Ibu saya kalau tahu, dia pasti memarahi saya tetapi dia tidak faham cita-cita saya. Saya mahu negara Singapura maju. Kalau boleh, saya mahu mengharumkan nama baik Singapura.

Langgan:
Catatan (Atom)