Isnin, 14 Februari 2011

Semester pertama tahun 2011 di WGPS

Tahun ini tahun yang istimewa bagi saya kerana saya akan menduduki untuk peperiksaan PSLE dan saya harap saya mencapai markah yang saya hendak untuk setiap subjek yang saya akan menduduki untuk di peperiksaan PSLE. Guru yang akan mengajar saya bahasa Inggeris adalah Ms Hayati, guru Matematik saya adalah Mr Leo, guru Sains saya adalah Mrs Foo dan guru Bahasa Melayu da Bahasa Melayu Lanjutan saya adalah Cikgu Tuty. Kerja rumah saya tahun ini lebih dari tahun lepas apabila saya masih darjah lima. Bukan sahaja ada peperiksaan PSLE dalam tahun ini, tetap ada CA1,SA1 dan satu lagi. CA1 akan datang tidak lama lagi, di tarikh 25 Februari untuk murid-murid 'Higher Mother Tongue' dan 28 Februari untuk murid-murid '4S'. Saya juga mahu mendapat markah yang tinggi untuk setiap subjek saya dan smua peperiksaan saya.

Ahad, 23 Januari 2011

Persiapan Untuk peperiksaan PSLE

Saya berasa amat stres kerana saya takut saya akan membuat tidak baik dan tidak mencapai markah yang saya hendak mencapai. Saya juga berasa curiga dan gembira kerana saya tidak pernah menduduki peperiksaan tersebut. Saya hendak mencapai agregat 220 dan ke atas. Saya hendak mencapai agregat yang lebih tinggi daripada agregat abang saya iaitu dan 213. Saya akan mempelajari topik-topik yang baru untuk subjek-subjek saya. Saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai agregat yang saya hendak. Saya mahu memasuki Sekolah Menengah Riverside iaitu sekolah lama abng saya. Saya hendak memasuki aliran ekspres.

Rabu, 12 Januari 2011

Tentang Diri Saya

Nama saya Muhd Haidi. Saya murid yang paling degil di dalam kelas. Saya juga murid yang paling bising di dalam kelas. Hobi saya ialah bermain komputer, berlari, bermain badminton, bola sepak dan bermain alat PS3. Saya suka subjek-subjek seperti Matematik, Sains dan Bahasa Melayu.
Saya mahu gred A untuk semua mata pelajaran saya apabila saya menduduki untuk peperiksaan PSLE saya.

Isnin, 15 November 2010

Tahun 2010 di WGPS

Saya ada beberapa kenangan manis dan pahit pada tahun 2010 di WGPS. Satu kenangan manis saya pada tahun 2010 di WGPS adalah mendapat tempat pertama untuk subjek Matematik saya untuk peperiksaan pertama saya pada tahun 2010, CA1. Ada juga lagi kenangan manis saya pada 2010 di sekolah seperti mendapat tempat yang kelima, pertama untuk murid-murid lelaki, untuk kelas saya pada hujung tahun 2010, mendapat hadiah daripada guru bahasa Inggeris saya, Mdm Thuhaila dan melulus semua subjek-subjek saya pada semua peperiksaan saya kecuali mengagal subjek Matematik saya untuk hanya satu kali sahaja. Satu lagi kanangan manis saya pada 2010 adalah apabila saya pergi ke kem untuk murid-murid darjah lima.Walaupun keadan di kem itu agk kotor, saya rasa seronok kerana dapat bersembang dengan rakan-rakan saya sambil bermain permainan-permainan yang disediakan untuk saya dan rakan-rakan yang disediakan oleh guru-guru saya di Perkhemahan Sarimbun.

Kenangan-kenangan pahit saya pada tahun 2010 di WGPS pula adalah apabila saya terpecahkan cermin mata rakan saya yang bernama, Junius, apabila kami bermain kejar-kejar. Ada lagi kenangan pahit saya pada tahun 2010 di sekolah seperti jatuh dan cedera apabila bermain-main di padang atau tempat bermain bola keranjang sekolah, mengagal subjek Matematik saya pada peperiksaan CA2 dan dimarahi oleh guru-guru saya kerana berkelakuan nakal dan bercakap terlalu banyak.

Khamis, 28 Oktober 2010

Pelajaran Bahasa Melayu Lanjutan Saya

Saya suka mengambil kelas Bahasa Melayu Lanjutan kerana tidak ada ramai murid yang mengambil kelas Bahasa Melayu Lanjutan. Saya boleh menumpukan perhatian saya pada pelajaran saya. Walaupun Bahasa Melayu Lanjutan amat susah, saya tetap mahu mengambil kelas Bahasa Melayu Lanjutan. Tahap Bahasa Melayu Lanjutan sama dengan tahap Bahasa Melayu di peringkat darjah enam.

Rabu, 27 Oktober 2010

Menjelang Peperiksaan

Saya berasa stres menjelang peperiksaan kerana saya harus belajar bersunguh-sungguh untuk mendapatkan markah yang tinggi untuk semua subjek-subjek saya yang saya mengambil. Bapa saya akan melarang saya dari bermain permainan seperti PS3, PSP atau bermain di bawah blok saya. Saya berasa bosan tidak dapat peluang untuk bermain di hujung minggu kerana saya biasanya saya bermain di hujung miggu. Saya tahu bahawa saya harus belajar dan selepas peperiksaan, saya boleh bermain setiap hari.

Khamis, 14 Oktober 2010

Ayub,

Kamu harus memberi perhatian apabila guru kamu mengajar subjek Matematik. Jikalau kamu tidak memahami apa-apa soalan Matematik, kamu harus tanya guru kamu untuk menerangkannya.Kamu harus pergi ke tempat yang sunyi seperti perpustakaan.

Salam,
Haidi