Selasa, 28 Jun 2011
Cuti Sekolah Jun
Selasa, 17 Mei 2011
Idola Saya
Lagi satu idola saya adalah Ryan Giggs. Dia masih lagi bermain bola walaupun dia sekarang berumur 37 tahun. Dia telah bermain di kelab Manchester United untuk selama 20 tahun. Dia telah bermain di Manchester United daripada dia masih seorang remaja lagi.
Wayne rooney dan Javier 'Chicharito' Hernandez adalah juga adalah pemain bola Manchester United. Mereka ada potensi yang tinggi. Hernandez selalu menjaringkan gol untuk Manchester United. Mereka terkenal di seluruh dunia.
Idola muzik saya adalah Aerosmith, Linkin Park dan Eminem. Saya suka lagu 'Rock' dan juga lagu-lagu Eminem. Kumpulan Aerosmith dan Linkin Park ada banyak lagu 'Rock'. Saya juga suka lagu-lagu Eminem kerana dia berbakat dan boleh 'rap' dengan cepat sekali. Tidak banyak orang yang boleh 'rap' seperti Eminem. Otaknya cepat memikirkan apa yang dia akan 'rap' bila dia di dalam sebuah 'rap battle'.
Saya juga suka Adam Sandler. Dia seorang pelawak dan pelakon Hollywood. Dia telah melakon dalam banyak cerita Hollywood seperti 'Grown Ups', 'Bed Time Stories' , 'Longest Yard' dan 'Click'.
Selasa, 26 April 2011
Bakat Saya
Saya ada banyak bakat. Saya berbakat dalam bola sepak. Saya suka menonton permainan bola sepak dan bermain bola sepak. Saya suka beberapa pemain bola sepak seperti Wayne Rooney, Xavi Hernandez dan Nemanja Vidic. Pasukan bola sepak kegemaran saya adalah Manchester United. Saya suka bermain di tempat “defender”, ”midfielder”, “striker” dan “winger”. Saya tahu banyak pemain bola sepak kerana saya selalu bermain permainan bola sepak di PS3 saya. Saya juga suka bermain permainan bola sepak di PS3 saya. Abang saya dan bapa saya juga suka menonton permaianan bola sepak dan bermain bola sepak.
Saya juga boleh berlari dengan laju. Saya pun boleh berlari jarak yang jauh seperti larian 1.6 km. Saya berlari 1.6 km itu dalam masa 7 minit dan 50 saat. Saya mendapat tempat kedua dan kawan karib saya, Adil, mendapat tempat pertama. Adil berlari 1.6km itu dalam masa 7 minit 48 saat. Dia hanya 2 saat lebih cepat daripada saya. Adil dan saya mendapat gred ‘A’ untuk larian 1.6km kami.
Saya boleh bermain bola keranjang dengan baik juga. Walaupun saya tidak sebagus Iqmal dan kawan-kawan saya yang lain, saya tetap bermain dan berlatih dengan mereka. Saya bermain bola keranjang bila saya ada masa untuk bermainnya. . Kadang-kadang, saya bermain bola keranjang sekejap bersama Iqmal dan kawan-kawannya selepas sekolah. Iqmal selalu bermain bola keranjang selepas sekolah dan saya pun kadang-kadang bermain dengannya. Saya sekarang menjadi lebih bagus dalam bola keranjang dengan pertolongan Iqmal dan kawan-kawannya iaitu Wai Loon, Joe, Ting Feng dan beberapa kawannya yang lain.
Isnin, 21 Mac 2011
Cuti Sekolah Saya Semasa Seminggu
Selasa, 15 Februari 2011
Minat Saya
