Isnin, 26 Julai 2010

Kuiz bahasa Melayu di dalam bilik darjah

Kuiz bahasa Melayu di dalam bilik darjah ini akan menolong kami mendapat keterangan yang lebih baik tentang sebuah perkataan. Guru kami akan memberi kami dua patah perkataan yang kelihatan sama tetapi ada keterangan yang berlainan. Jikalau kami dapat teka keterangan untuk kedua-dua perkataan dengan betul, kami akan mendapat sebuah hadiah. Kadang-kadang kedua-dua perkataan yang diberi ada dua perkataan dan sepatah perkataan yang sama.Pada pendapat saya, kuiz bahasa Melayu di dalam bilik darjah ini adalah sebuah idea yang baik seperti aktiviti-aktiviti yang lain seperti aktiviti "Bawa dan Borak" dan " Bengkel Penulisan Kreatif".

Aktiviti "Bawa dan Borak"

Aktiviti "Bawa dan Borak" ini amat menarik. Kita harus membawa sebuah benda dan pergi ke hadapan kelas untuk menerangkan kenapa kamu membawa benda itu. Rakan-rakan sekelas kamu boleh menanya kamu beberapa soalan dan kamu juga akan ditanya soalan-soalan daripada guru kamu seperti bila kamu dapat benda itu atau kenapa kamu memilih benda tersebut untuk aktiviti "Bawa dan Borak" ini. Untuk orang-orang yang ada ketakutan menerangkan dengan suara yang kuat di depan orang ramai, ini adalah satu peluang untuk tidak menjadi takut bercakap depan orang ramai. Kita pun harus memastikan sura kita cukup kuat untuk didengar oleh seluruh orang yang mendengar keterangan kamu.

Perkhemahan Bahasa

Perkhemahan Bahasa ini diadakan untuk murid-murid darjah enam. Perkhemahan Bahasa ini adalah sebuah idea yang baik. Dengan ada aktiviti ini, kita boleh tahu bagaimana orang-orang dahulu bermain. Ia akan megingati kita tentang permainan-permainan tradisional dahulu yang mungkin ibu bapa atau datuk nenek kita bermain pada masa dahulu.Ada beberapa permaina-permainan tradisoinal seperti 'Tarik Guni dan 'Pusing-pusing Tepung'. Tema untuk aktiviti dua hari ini ialah Tinjauan Nostalgia. Aktiviti ini dimain oleh murid-murid darjah enam dan murid-muird Maktab Rendah Innova. Saya rasa mereka seronok bermain permainan-permainan tersebut.

Bengkel Penulisan Kreatif

Pada pendapat saya, Bengkel Penulisan Kreatif ini adalah satu idea yang baik untuk menulis sebuah karangan yang cukup baik. Kita akan mempelajari perkataan-perkataan yang baru dan yang lebih baik, ia juga boleh memperbaiki kosa kata kita. Kita dinasihati untuk menulis sebuah karangan yang menunjukkan lima deria. Dengan ada Bengkel Penulisan Kreatif ini pun kita dapat menulis karangan yang lebih baik, bagus dan menarik.Menulis karangan yang lebih menarik dan ada hanya beberapa kesalahan sahaja akan mendapatkan kita lebih markah.

Pertandingan Blogging

Pertandingan blogging tersebut amat sukar dan mencabar kerana kami harus menaip sebuah blog tentang topik yang diberi. Kami harus membuat sepuluh entri dan kami harus membuat kesepuluh-sepuluh entri tersebut pada masa yang singkat. Pada pendapat saya, dengan ada pertandingan blogging ini, kami dapat memperbaiki bahasa Melayu kami. Dengan ada pertandingan blogging ini pun kami dapat memperbaiki kemahiran kami menaip. Saya tidak pernah menaip atau membuat sebuah blog. Pekara ini akan terukir di minda saya untuk selama-selamanya...

Lawatan Pendididkan ke Brunei Darrusalam

Saya tidak mengikut rakan-rakan saya yang pergi ke Brunei Darrusalam tetapi saya tahu bahawa mereka seronok di sana. Ia diadakan beberapa bulan sebelum.Mereka melawat beberapa tempat yang cantik seperti Muzium Brunei, Pusat Kraf Tangan,Sekolah Rendah Junjongan dan Kampong Ayer. Rakan-rakan yang melawat Brunei Darrusalam juga dapat mempelajari bahasa yang digunakan oleh orang-orang Brunei Darrusalam. Pada pendapat saya, saya rasa mempelajari bahasa yang digunakan oleh orang-orang Brunei Darrusalam agak sukar kerana kita tidak biasa dengan menggunakan bahasa yang digunakan oleh penduduk Brunei Darrusalam. Saya rasa ia lagi senang mempelajari bahasa Melayu di Brunei Darrusalam kerana mereka mempelajari bahasa Melayu mengutamakan subjek tersebut sementara kita di Singapura tidak mengutamakan bahasa Ibunda kita sangat walaupun bahasa utama Singapura ialah bahasa Melayu.

Selasa, 20 Julai 2010

Hari Keharmonian Kaum

Pada hari ini, saya mempelajari tentang beberapa kaum selain kaum Melayu Islam. Kaum Melayu Islam merayakan Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. Kami memakan makanan seperti ketupat, rendang dan pelbagai jenis-jenis kuih-muih seperti kueh tat dan kueh makmur.Pada pagi Hari Raya Puasa, orang-orang yang beragama Islam akan bersolat(solat Hari Raya Puasa) Kaum India pula ada yang beragama Islam dan kebanyakan yang beragama Hindu. Mereka merayakan Deepavali.Mereka ada beberapa jenis keropok-keropok yang lazat seperti muruku dan sebagainya. Mereka pun ada baju tradisional mereka seperti sari yang dipakai oleh perempuan-permpuan berbahasa India.Orang-orang yang berbahasa Cina pula ada yang beragama Kristian tetapi kebanyakan orang-orang yang berbahasa Cina beragama Buddha. Orang yang beragama Buddha meyambut Tahun Baru Cina sementara orang yang beragama Kristian pula menyambut Hari Natal.Baju tradisional mereka pula adalah seperti 'cheongsam' yang dipakai oleh perempuan.

Isnin, 19 Julai 2010

Piramida

Beberapa hari yang lalu, saya menyertai peraduan Piramida. Saya amat gementar dan takut untuk menyertai peraduan piramida tersebut kerana saya tidak pernah meyertai sebuah peraduan. Peraduan itu amat sukar dan menyabar kerana kamu harus teka perkataan tersebut atau jelaskan perkataan itu. Saya dan rakan saya Riz Mateen menyertai peraduan tersebut.Saya seronok menyertai peraduan ini walaupun saya mengalami beberapa masalah dengan menjawab dan menjelaskan beberapa perkataan. Pengalaman ini akan selama-lamanya terukir di dalam fikiran saya...

Ahad, 11 Julai 2010

Peraduan Bahasa Melayu

Semasa saya darjah dua, saya suka melihat kawan-kawan saya berlakon. Ada yang berlakon seperti harimau, ada yang berlakon seperti tikus dan sebagainya. Mereka melakoni sebuah cerita dan mereka kelihatan seronok. Saya pula tidak pernah melakon sebuah cerita atau menyertai sebuah peraduan seperti peraduan sahiba,peraduan piramida dan sebagainya.Saya rasa bahawa mereka ada bakat dan keberanian untuk melakon. Saya amat mengormati mereka.

Khamis, 1 Julai 2010

Aktiviti berbahasa Melayu

Terdapat beberapa aktiviti-aktiviti berbahasa Melayu. Satu adalah Bengkel Klinik Karangan. Pada pendapat saya, ia adalah satu idea yang baik kerana ia menolong kami menulis karangan yang lebih baik. Kita juga boleh mendapat beberapa perkataan yang kita boleh menggunakan dalam karangan kita. Satu lagi adalah Peraduan Sahiba. Ia sama seperti permainan 'Scrabble' tetapi ia hanya menggunakan bahasa Melayu. Pada pendapat saya, permainan ini amat menarik kerana ia amat mencabar, kita harus membuat sebuah perkataan dengan huruf-huruf yang kita dapat. Ia juga dapat memperbaiki bahasa Melayu kita.