Isnin, 26 Julai 2010

Aktiviti "Bawa dan Borak"

Aktiviti "Bawa dan Borak" ini amat menarik. Kita harus membawa sebuah benda dan pergi ke hadapan kelas untuk menerangkan kenapa kamu membawa benda itu. Rakan-rakan sekelas kamu boleh menanya kamu beberapa soalan dan kamu juga akan ditanya soalan-soalan daripada guru kamu seperti bila kamu dapat benda itu atau kenapa kamu memilih benda tersebut untuk aktiviti "Bawa dan Borak" ini. Untuk orang-orang yang ada ketakutan menerangkan dengan suara yang kuat di depan orang ramai, ini adalah satu peluang untuk tidak menjadi takut bercakap depan orang ramai. Kita pun harus memastikan sura kita cukup kuat untuk didengar oleh seluruh orang yang mendengar keterangan kamu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan