Seorang katak, yang bernama Koko, tinggal di bawah sebuah tempurung. Dia tinggal di tempurungnya itu sendirian.Keluarganya telah ditangkap semenjak dia masih kecil lagi. Mereka telah ditangkap oleh saintis-saintis yang jahat. Koko adalah anak bongsu dan dia rindu keluarganya. Dia tidak tahu jika keluarganya masih hidup atau sudah mati.
Satu hari, dia mendapat berita tentang sebuah sekolah untuk katak-katak yang percuma. Apabila katak-katak yang lain mencuba sedaya upaya untuk memasuki sekolah tersebut, Koko tidak tidak mengambil kisah tentang sekolah tersebut. Dia fikir berita itu hanya sebuah bohong. Dia tidak percaya ada sebuah sekolah yang percuma.
Dia pun tidak ke mana-mana sehingga dia menjadi marah. Dia tidak boleh menahan kebisingan itu. Ia riuh macam pasar di luar tempurungnya itu. Dia pun bercadang untuk apa sebenarnya yang mengakibatkan kebisingan itu.
Rupa-rupanya, ia benar bahawa sekolah percuma itu mengakibatkan kebisingan itu. Dengan tidak membuang masa, dia pun terus cuba mengambil tempat dalam sekolah itu. Malangnya dia terlambat kerana semua tempat di sekolah itu telah diambil oleh katak-katak muda yang lain. Dia berasa sedih kerana menghilang peluangnya dan terus pulang ke tempurungnya. Memang benar dia seperti katak di bawah tempurung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan