Khamis, 7 Julai 2011

Seperti Katak Di Bawah Tempurung

Seorang katak, yang bernama Koko, tinggal di bawah sebuah tempurung. Dia tinggal di tempurungnya itu sendirian.Keluarganya telah ditangkap semenjak dia masih kecil lagi. Mereka telah ditangkap oleh saintis-saintis yang jahat. Koko adalah anak bongsu dan dia rindu keluarganya. Dia tidak tahu jika keluarganya masih hidup atau sudah mati.

Satu hari, dia mendapat berita tentang sebuah sekolah untuk katak-katak yang percuma. Apabila katak-katak yang lain mencuba sedaya upaya untuk memasuki sekolah tersebut, Koko tidak tidak mengambil kisah tentang sekolah tersebut. Dia fikir berita itu hanya sebuah bohong. Dia tidak percaya ada sebuah sekolah yang percuma.

Dia pun tidak ke mana-mana sehingga dia menjadi marah. Dia tidak boleh menahan kebisingan itu. Ia riuh macam pasar di luar tempurungnya itu. Dia pun bercadang untuk apa sebenarnya yang mengakibatkan kebisingan itu.

Rupa-rupanya, ia benar bahawa sekolah percuma itu mengakibatkan kebisingan itu. Dengan tidak membuang masa, dia pun terus cuba mengambil tempat dalam sekolah itu. Malangnya dia terlambat kerana semua tempat di sekolah itu telah diambil oleh katak-katak muda yang lain. Dia berasa sedih kerana menghilang peluangnya dan terus pulang ke tempurungnya. Memang benar dia seperti katak di bawah tempurung.

Selasa, 28 Jun 2011

Cuti Sekolah Jun

Pada cuti sekolah Jun, saya tidak ke mana-mana kerana ibu bapa saya sibuk. Saya hanya duduk di rumah bermain PS3 saya. Saya menghabiskan kerja rumah saya dengan cepat jadi saya boleh pergi ke rumah saudara saya untuk bermain di situ. Ibu bapa saya membenarkan saya untuk tinggal di rumah saudara saya itu untuk 5 ke 7 hari. Saya berasa seronok sekali bermain di rumah saudara saya itu. Saya pun ke perputakaan beberapa kali untuk memilih dan mencari buku-buku untuk laporan-laporan buku saya.Saya hendak mengikut saudara saya dan keluarganya bermakan angin di Malaysia tetapi ibu bapa saya tidak membenarkan saya mengikut mereka memakan angin.

Selasa, 17 Mei 2011

Idola Saya

Saya ada banyak idola. Salah satu idola saya adalah Sir Alexander Chapman Ferguson. Dia seorang pengurus bola sepak di kelab kegemaran saya, Manchester United. Dia telah menjadi pengurus Manchester United untuk selama tiga puluh tahun. Dia telah menang banyak piala-piala seperti 'FA Cup', 'Champions League', 'Barclays Premier League' dan 'Club World Cup'

Lagi satu idola saya adalah Ryan Giggs. Dia masih lagi bermain bola walaupun dia sekarang berumur 37 tahun. Dia telah bermain di kelab Manchester United untuk selama 20 tahun. Dia telah bermain di Manchester United daripada dia masih seorang remaja lagi.

Wayne rooney dan Javier 'Chicharito' Hernandez adalah juga adalah pemain bola Manchester United. Mereka ada potensi yang tinggi. Hernandez selalu menjaringkan gol untuk Manchester United. Mereka terkenal di seluruh dunia.

Idola muzik saya adalah Aerosmith, Linkin Park dan Eminem. Saya suka lagu 'Rock' dan juga lagu-lagu Eminem. Kumpulan Aerosmith dan Linkin Park ada banyak lagu 'Rock'. Saya juga suka lagu-lagu Eminem kerana dia berbakat dan boleh 'rap' dengan cepat sekali. Tidak banyak orang yang boleh 'rap' seperti Eminem. Otaknya cepat memikirkan apa yang dia akan 'rap' bila dia di dalam sebuah 'rap battle'.

Saya juga suka Adam Sandler. Dia seorang pelawak dan pelakon Hollywood. Dia telah melakon dalam banyak cerita Hollywood seperti 'Grown Ups', 'Bed Time Stories' , 'Longest Yard' dan 'Click'.

Selasa, 26 April 2011

Bakat Saya


Saya ada banyak bakat. Saya berbakat dalam bola sepak. Saya suka menonton permainan bola sepak dan bermain bola sepak. Saya suka beberapa pemain bola sepak seperti Wayne Rooney, Xavi Hernandez dan Nemanja Vidic. Pasukan bola sepak kegemaran saya adalah Manchester United. Saya suka bermain di tempat “defender”, ”midfielder”, “striker” dan “winger”. Saya tahu banyak pemain bola sepak kerana saya selalu bermain permainan bola sepak di PS3 saya. Saya juga suka bermain permainan bola sepak di PS3 saya. Abang saya dan bapa saya juga suka menonton permaianan bola sepak dan bermain bola sepak.


Saya juga boleh berlari dengan laju. Saya pun boleh berlari jarak yang jauh seperti larian 1.6 km. Saya berlari 1.6 km itu dalam masa 7 minit dan 50 saat. Saya mendapat tempat kedua dan kawan karib saya, Adil, mendapat tempat pertama. Adil berlari 1.6km itu dalam masa 7 minit 48 saat. Dia hanya 2 saat lebih cepat daripada saya. Adil dan saya mendapat gred ‘A’ untuk larian 1.6km kami.


Saya boleh bermain bola keranjang dengan baik juga. Walaupun saya tidak sebagus Iqmal dan kawan-kawan saya yang lain, saya tetap bermain dan berlatih dengan mereka. Saya bermain bola keranjang bila saya ada masa untuk bermainnya. . Kadang-kadang, saya bermain bola keranjang sekejap bersama Iqmal dan kawan-kawannya selepas sekolah. Iqmal selalu bermain bola keranjang selepas sekolah dan saya pun kadang-kadang bermain dengannya. Saya sekarang menjadi lebih bagus dalam bola keranjang dengan pertolongan Iqmal dan kawan-kawannya iaitu Wai Loon, Joe, Ting Feng dan beberapa kawannya yang lain.







Isnin, 21 Mac 2011

Cuti Sekolah Saya Semasa Seminggu

Saya tidak ke mana-mana untuk cuti sekolah saya. Saya hanya pergi ke sekolah untuk kelas tambahan dan ke madrasah pada hari Ahad. Saya hanya di rumah sahaja. Saudara saya datang ke rumah saya untuk bermain PS3 dengan saya. Ia menyeronokkan kerana saudara saya itu tidak selalu datang ke rumah saya. Sebenarnya saya hendak bermain bola keranjang dengan Adil dan Iqmal kerana saya bosan di rumah. Saya rasa cuti sekolah ini rasanya terlalu singkat. Saya rasa cuti di Singapura tidak mencukupi kerana ada banyak kelas tambahan pada cuti sekolah ini. Sekiranya saya Menteri Pendidikan di Singapura , saya akan memanjangkan lagi masa cuti sekolah kerana saya rasa murid-murid di Singapura perlukan lebih banyak masa untuk relaks.

Selasa, 15 Februari 2011

Minat Saya


Minat saya adalah membuat soalan-soalan pelajaran Matematik, bermain PS3, PSP, berlari dan bermain sukan seperti bola sepaks dan bola keranjang. Saya juga berminat melihat bola sepak 'EPL' dan 'Champions League'. Kelab kegemaran saya adalah Kelab Bola Sepak Manchester United yang juga dikenali sebagai 'Red Devils'. Saya tidak minat bermain muzik tetapi minat mendengar muzik 'rock'. Saya berminat mengambil gambar dan saya suka berlawan dengan abang-abang saya. Saya juga berminat menonton cerita perang seperti 'Jarhead' dan 'Saving Private Ryan'.Saya pun berminat cerita yang ada banyak berlawan seperti 'Ip Man' dan 'Mortal Kombat'.

Isnin, 14 Februari 2011

Semester pertama tahun 2011 di WGPS

Tahun ini tahun yang istimewa bagi saya kerana saya akan menduduki untuk peperiksaan PSLE dan saya harap saya mencapai markah yang saya hendak untuk setiap subjek yang saya akan menduduki untuk di peperiksaan PSLE. Guru yang akan mengajar saya bahasa Inggeris adalah Ms Hayati, guru Matematik saya adalah Mr Leo, guru Sains saya adalah Mrs Foo dan guru Bahasa Melayu da Bahasa Melayu Lanjutan saya adalah Cikgu Tuty. Kerja rumah saya tahun ini lebih dari tahun lepas apabila saya masih darjah lima. Bukan sahaja ada peperiksaan PSLE dalam tahun ini, tetap ada CA1,SA1 dan satu lagi. CA1 akan datang tidak lama lagi, di tarikh 25 Februari untuk murid-murid 'Higher Mother Tongue' dan 28 Februari untuk murid-murid '4S'. Saya juga mahu mendapat markah yang tinggi untuk setiap subjek saya dan smua peperiksaan saya.