Isnin, 2 Ogos 2010

Pencapaian Saya

Saya pernah mendapat sebuah pingat gangsa pada 2009 dan 2010. Saya memasuki acara larian bertukar-tukar 4mx100m. Ia merupakan pencapaian saya yang pertama yang memenagi saya sebuah pingat. Saya amat bangga dengan pencapaian saya ini. Saya mewakili rumah saya iaitu Casuarina. Bukan saya sahaja yang mewakili rumah saya tetapi ada beberapa rakan saya yang boleh berlari dengan cepat mewakili rumah. Saya berharap bahawa saya boleh mendapat pingat emas dengan pasukan saya. Saya juga pernah mendapat tempat kedua di dalam kelas semasa saya darjah dua untuk peperiksaan saya. Saya mendapat markah yang tinggi untuk semua subjek saya untuk peperiksaan SA2 tersebut . Saya pun pernah mendapat markah yang vaik unutk peperiksaan saya pada tahun ini. Pada masa itu saya di dalam kelas 2C. Selepas itu 3G, 4G dan sekarang 5H. Saya berharap saya boleh membuat ibu bapa saya bangga terhadap saya dan saya tahu saya mampu melakukan perkara tersebut.

Isnin, 26 Julai 2010

Kuiz bahasa Melayu di dalam bilik darjah

Kuiz bahasa Melayu di dalam bilik darjah ini akan menolong kami mendapat keterangan yang lebih baik tentang sebuah perkataan. Guru kami akan memberi kami dua patah perkataan yang kelihatan sama tetapi ada keterangan yang berlainan. Jikalau kami dapat teka keterangan untuk kedua-dua perkataan dengan betul, kami akan mendapat sebuah hadiah. Kadang-kadang kedua-dua perkataan yang diberi ada dua perkataan dan sepatah perkataan yang sama.Pada pendapat saya, kuiz bahasa Melayu di dalam bilik darjah ini adalah sebuah idea yang baik seperti aktiviti-aktiviti yang lain seperti aktiviti "Bawa dan Borak" dan " Bengkel Penulisan Kreatif".

Aktiviti "Bawa dan Borak"

Aktiviti "Bawa dan Borak" ini amat menarik. Kita harus membawa sebuah benda dan pergi ke hadapan kelas untuk menerangkan kenapa kamu membawa benda itu. Rakan-rakan sekelas kamu boleh menanya kamu beberapa soalan dan kamu juga akan ditanya soalan-soalan daripada guru kamu seperti bila kamu dapat benda itu atau kenapa kamu memilih benda tersebut untuk aktiviti "Bawa dan Borak" ini. Untuk orang-orang yang ada ketakutan menerangkan dengan suara yang kuat di depan orang ramai, ini adalah satu peluang untuk tidak menjadi takut bercakap depan orang ramai. Kita pun harus memastikan sura kita cukup kuat untuk didengar oleh seluruh orang yang mendengar keterangan kamu.

Perkhemahan Bahasa

Perkhemahan Bahasa ini diadakan untuk murid-murid darjah enam. Perkhemahan Bahasa ini adalah sebuah idea yang baik. Dengan ada aktiviti ini, kita boleh tahu bagaimana orang-orang dahulu bermain. Ia akan megingati kita tentang permainan-permainan tradisional dahulu yang mungkin ibu bapa atau datuk nenek kita bermain pada masa dahulu.Ada beberapa permaina-permainan tradisoinal seperti 'Tarik Guni dan 'Pusing-pusing Tepung'. Tema untuk aktiviti dua hari ini ialah Tinjauan Nostalgia. Aktiviti ini dimain oleh murid-murid darjah enam dan murid-muird Maktab Rendah Innova. Saya rasa mereka seronok bermain permainan-permainan tersebut.

Bengkel Penulisan Kreatif

Pada pendapat saya, Bengkel Penulisan Kreatif ini adalah satu idea yang baik untuk menulis sebuah karangan yang cukup baik. Kita akan mempelajari perkataan-perkataan yang baru dan yang lebih baik, ia juga boleh memperbaiki kosa kata kita. Kita dinasihati untuk menulis sebuah karangan yang menunjukkan lima deria. Dengan ada Bengkel Penulisan Kreatif ini pun kita dapat menulis karangan yang lebih baik, bagus dan menarik.Menulis karangan yang lebih menarik dan ada hanya beberapa kesalahan sahaja akan mendapatkan kita lebih markah.

Pertandingan Blogging

Pertandingan blogging tersebut amat sukar dan mencabar kerana kami harus menaip sebuah blog tentang topik yang diberi. Kami harus membuat sepuluh entri dan kami harus membuat kesepuluh-sepuluh entri tersebut pada masa yang singkat. Pada pendapat saya, dengan ada pertandingan blogging ini, kami dapat memperbaiki bahasa Melayu kami. Dengan ada pertandingan blogging ini pun kami dapat memperbaiki kemahiran kami menaip. Saya tidak pernah menaip atau membuat sebuah blog. Pekara ini akan terukir di minda saya untuk selama-selamanya...

Lawatan Pendididkan ke Brunei Darrusalam

Saya tidak mengikut rakan-rakan saya yang pergi ke Brunei Darrusalam tetapi saya tahu bahawa mereka seronok di sana. Ia diadakan beberapa bulan sebelum.Mereka melawat beberapa tempat yang cantik seperti Muzium Brunei, Pusat Kraf Tangan,Sekolah Rendah Junjongan dan Kampong Ayer. Rakan-rakan yang melawat Brunei Darrusalam juga dapat mempelajari bahasa yang digunakan oleh orang-orang Brunei Darrusalam. Pada pendapat saya, saya rasa mempelajari bahasa yang digunakan oleh orang-orang Brunei Darrusalam agak sukar kerana kita tidak biasa dengan menggunakan bahasa yang digunakan oleh penduduk Brunei Darrusalam. Saya rasa ia lagi senang mempelajari bahasa Melayu di Brunei Darrusalam kerana mereka mempelajari bahasa Melayu mengutamakan subjek tersebut sementara kita di Singapura tidak mengutamakan bahasa Ibunda kita sangat walaupun bahasa utama Singapura ialah bahasa Melayu.