Ahad, 26 September 2010

Aku Manusia Moden

Aku tidak bodoh
aku pandai, kerana pergi ke sekolah
aku tidak bertungkuslumus mencari rezeki
aku ada ibu bapa, yang mencarinya
Aku bukan seorang dewasa
aku seorang budak yang bercita-cita
aku bukan seorang yang pandai membuat benda
aku boleh belajar dan mengetahui
Aku manusia moden
ingin berjasa kepada negara
menjadi kebanggaan kepada ibu bapa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan