Rabu, 15 September 2010

Pengalaman Hujan Air Batu

Pengalaman saya mengalami hujan air batu itu sungguh menakjubkan. Rasa air batu itu sangat sejuk dan berair. Apabila hujan air batu tersebut turun, saya berasa hairan dan terkejut kerana saya tidak pernah mengalami hujan air batu. Apabila beberapa air batu terjatuh di saya, saya berasa takut lalu mencari tempat perlindungan. Saya tidak sangka bahawa ia sedang hujan air batu kerana saya tidak pernah mengalami hujan air batu. Tidak kelihatan seorang pun di sekeliling saya kerana semua orang sedang berlindung dari hujan air batu yang menakjubkan ini. Saya bersyukur saya tidak cedera dan saya dapat mengalami hujan air batu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan