Saya ada beberapa kenangan manis dan pahit pada tahun 2010 di WGPS. Satu kenangan manis saya pada tahun 2010 di WGPS adalah mendapat tempat pertama untuk subjek Matematik saya untuk peperiksaan pertama saya pada tahun 2010, CA1. Ada juga lagi kenangan manis saya pada 2010 di sekolah seperti mendapat tempat yang kelima, pertama untuk murid-murid lelaki, untuk kelas saya pada hujung tahun 2010, mendapat hadiah daripada guru bahasa Inggeris saya, Mdm Thuhaila dan melulus semua subjek-subjek saya pada semua peperiksaan saya kecuali mengagal subjek Matematik saya untuk hanya satu kali sahaja. Satu lagi kanangan manis saya pada 2010 adalah apabila saya pergi ke kem untuk murid-murid darjah lima.Walaupun keadan di kem itu agk kotor, saya rasa seronok kerana dapat bersembang dengan rakan-rakan saya sambil bermain permainan-permainan yang disediakan untuk saya dan rakan-rakan yang disediakan oleh guru-guru saya di Perkhemahan Sarimbun.
Kenangan-kenangan pahit saya pada tahun 2010 di WGPS pula adalah apabila saya terpecahkan cermin mata rakan saya yang bernama, Junius, apabila kami bermain kejar-kejar. Ada lagi kenangan pahit saya pada tahun 2010 di sekolah seperti jatuh dan cedera apabila bermain-main di padang atau tempat bermain bola keranjang sekolah, mengagal subjek Matematik saya pada peperiksaan CA2 dan dimarahi oleh guru-guru saya kerana berkelakuan nakal dan bercakap terlalu banyak.
Isnin, 15 November 2010
Khamis, 28 Oktober 2010
Pelajaran Bahasa Melayu Lanjutan Saya
Saya suka mengambil kelas Bahasa Melayu Lanjutan kerana tidak ada ramai murid yang mengambil kelas Bahasa Melayu Lanjutan. Saya boleh menumpukan perhatian saya pada pelajaran saya. Walaupun Bahasa Melayu Lanjutan amat susah, saya tetap mahu mengambil kelas Bahasa Melayu Lanjutan. Tahap Bahasa Melayu Lanjutan sama dengan tahap Bahasa Melayu di peringkat darjah enam.
Rabu, 27 Oktober 2010
Menjelang Peperiksaan
Saya berasa stres menjelang peperiksaan kerana saya harus belajar bersunguh-sungguh untuk mendapatkan markah yang tinggi untuk semua subjek-subjek saya yang saya mengambil. Bapa saya akan melarang saya dari bermain permainan seperti PS3, PSP atau bermain di bawah blok saya. Saya berasa bosan tidak dapat peluang untuk bermain di hujung minggu kerana saya biasanya saya bermain di hujung miggu. Saya tahu bahawa saya harus belajar dan selepas peperiksaan, saya boleh bermain setiap hari.
Khamis, 14 Oktober 2010
Ahad, 26 September 2010
Aku Manusia Moden
Aku tidak bodoh
aku pandai, kerana pergi ke sekolah
aku tidak bertungkuslumus mencari rezeki
aku ada ibu bapa, yang mencarinya
Aku bukan seorang dewasa
aku seorang budak yang bercita-cita
aku bukan seorang yang pandai membuat benda
aku boleh belajar dan mengetahui
Aku manusia moden
ingin berjasa kepada negara
menjadi kebanggaan kepada ibu bapa
Khamis, 23 September 2010
Sajak Saya
Ada yang berkata
engkau lah air
yang membasahi bumi
adakah itu betul hujan?
Ada yang berkata
engkau turun dengan selebatnya sehingga
membawa maut ke negara kita
kenapa engkau membuat begitu hujan?
Aku ingin tahu kenapa engkau hebat
aptah daya aku untuk mencabar kehebatan engkau
aku hanya bertambah usia
engkaulah yang menghibur manusia
engkaulah inspirasi
engkau lah air
yang membasahi bumi
adakah itu betul hujan?
Ada yang berkata
engkau turun dengan selebatnya sehingga
membawa maut ke negara kita
kenapa engkau membuat begitu hujan?
Aku ingin tahu kenapa engkau hebat
aptah daya aku untuk mencabar kehebatan engkau
aku hanya bertambah usia
engkaulah yang menghibur manusia
engkaulah inspirasi
Rabu, 15 September 2010
Pengalaman Hujan Air Batu
Pengalaman saya mengalami hujan air batu itu sungguh menakjubkan. Rasa air batu itu sangat sejuk dan berair. Apabila hujan air batu tersebut turun, saya berasa hairan dan terkejut kerana saya tidak pernah mengalami hujan air batu. Apabila beberapa air batu terjatuh di saya, saya berasa takut lalu mencari tempat perlindungan. Saya tidak sangka bahawa ia sedang hujan air batu kerana saya tidak pernah mengalami hujan air batu. Tidak kelihatan seorang pun di sekeliling saya kerana semua orang sedang berlindung dari hujan air batu yang menakjubkan ini. Saya bersyukur saya tidak cedera dan saya dapat mengalami hujan air batu.
Langgan:
Catatan (Atom)