Ahad, 26 September 2010

Aku Manusia Moden

Aku tidak bodoh
aku pandai, kerana pergi ke sekolah
aku tidak bertungkuslumus mencari rezeki
aku ada ibu bapa, yang mencarinya
Aku bukan seorang dewasa
aku seorang budak yang bercita-cita
aku bukan seorang yang pandai membuat benda
aku boleh belajar dan mengetahui
Aku manusia moden
ingin berjasa kepada negara
menjadi kebanggaan kepada ibu bapa

Khamis, 23 September 2010

Sajak Saya

Ada yang berkata
engkau lah air
yang membasahi bumi
adakah itu betul hujan?

Ada yang berkata
engkau turun dengan selebatnya sehingga
membawa maut ke negara kita
kenapa engkau membuat begitu hujan?

Aku ingin tahu kenapa engkau hebat
aptah daya aku untuk mencabar kehebatan engkau
aku hanya bertambah usia
engkaulah yang menghibur manusia
engkaulah inspirasi

Rabu, 15 September 2010

Pengalaman Hujan Air Batu

Pengalaman saya mengalami hujan air batu itu sungguh menakjubkan. Rasa air batu itu sangat sejuk dan berair. Apabila hujan air batu tersebut turun, saya berasa hairan dan terkejut kerana saya tidak pernah mengalami hujan air batu. Apabila beberapa air batu terjatuh di saya, saya berasa takut lalu mencari tempat perlindungan. Saya tidak sangka bahawa ia sedang hujan air batu kerana saya tidak pernah mengalami hujan air batu. Tidak kelihatan seorang pun di sekeliling saya kerana semua orang sedang berlindung dari hujan air batu yang menakjubkan ini. Saya bersyukur saya tidak cedera dan saya dapat mengalami hujan air batu.

Isnin, 2 Ogos 2010

Pencapaian Saya

Saya pernah mendapat sebuah pingat gangsa pada 2009 dan 2010. Saya memasuki acara larian bertukar-tukar 4mx100m. Ia merupakan pencapaian saya yang pertama yang memenagi saya sebuah pingat. Saya amat bangga dengan pencapaian saya ini. Saya mewakili rumah saya iaitu Casuarina. Bukan saya sahaja yang mewakili rumah saya tetapi ada beberapa rakan saya yang boleh berlari dengan cepat mewakili rumah. Saya berharap bahawa saya boleh mendapat pingat emas dengan pasukan saya. Saya juga pernah mendapat tempat kedua di dalam kelas semasa saya darjah dua untuk peperiksaan saya. Saya mendapat markah yang tinggi untuk semua subjek saya untuk peperiksaan SA2 tersebut . Saya pun pernah mendapat markah yang vaik unutk peperiksaan saya pada tahun ini. Pada masa itu saya di dalam kelas 2C. Selepas itu 3G, 4G dan sekarang 5H. Saya berharap saya boleh membuat ibu bapa saya bangga terhadap saya dan saya tahu saya mampu melakukan perkara tersebut.

Isnin, 26 Julai 2010

Kuiz bahasa Melayu di dalam bilik darjah

Kuiz bahasa Melayu di dalam bilik darjah ini akan menolong kami mendapat keterangan yang lebih baik tentang sebuah perkataan. Guru kami akan memberi kami dua patah perkataan yang kelihatan sama tetapi ada keterangan yang berlainan. Jikalau kami dapat teka keterangan untuk kedua-dua perkataan dengan betul, kami akan mendapat sebuah hadiah. Kadang-kadang kedua-dua perkataan yang diberi ada dua perkataan dan sepatah perkataan yang sama.Pada pendapat saya, kuiz bahasa Melayu di dalam bilik darjah ini adalah sebuah idea yang baik seperti aktiviti-aktiviti yang lain seperti aktiviti "Bawa dan Borak" dan " Bengkel Penulisan Kreatif".

Aktiviti "Bawa dan Borak"

Aktiviti "Bawa dan Borak" ini amat menarik. Kita harus membawa sebuah benda dan pergi ke hadapan kelas untuk menerangkan kenapa kamu membawa benda itu. Rakan-rakan sekelas kamu boleh menanya kamu beberapa soalan dan kamu juga akan ditanya soalan-soalan daripada guru kamu seperti bila kamu dapat benda itu atau kenapa kamu memilih benda tersebut untuk aktiviti "Bawa dan Borak" ini. Untuk orang-orang yang ada ketakutan menerangkan dengan suara yang kuat di depan orang ramai, ini adalah satu peluang untuk tidak menjadi takut bercakap depan orang ramai. Kita pun harus memastikan sura kita cukup kuat untuk didengar oleh seluruh orang yang mendengar keterangan kamu.

Perkhemahan Bahasa

Perkhemahan Bahasa ini diadakan untuk murid-murid darjah enam. Perkhemahan Bahasa ini adalah sebuah idea yang baik. Dengan ada aktiviti ini, kita boleh tahu bagaimana orang-orang dahulu bermain. Ia akan megingati kita tentang permainan-permainan tradisional dahulu yang mungkin ibu bapa atau datuk nenek kita bermain pada masa dahulu.Ada beberapa permaina-permainan tradisoinal seperti 'Tarik Guni dan 'Pusing-pusing Tepung'. Tema untuk aktiviti dua hari ini ialah Tinjauan Nostalgia. Aktiviti ini dimain oleh murid-murid darjah enam dan murid-muird Maktab Rendah Innova. Saya rasa mereka seronok bermain permainan-permainan tersebut.